Thursday, May 31, 2012

perangai pelik

hai, assalamualaikum.

haa..perangai pelik saya sekarang adalah mengupdate blog tiap-tiap hari.. saya sedang menghidapi penyakit kronik sekarang. penyakit tak boleh tidur walaupun mengantuk dan penyakit mencari makanan di waktu tengah2 malam. dan hasilnya, berat badan saya bertambah, pipi saya bergoyang bila berjalan. orang memang akan nampak saya tetap chubby, gemuk macam tu je. tapi hakikatnya saya je yang rasa badan saya makin berat, makin gemuk, dengan eye bag nye ya Allah.. T___T nak hidup normal, tidur pukul 12 bangun subuh dan tak tidur balik. ni lepas subuh memang dalam otak aku katil je.

seperti yang semua maklum *eh, ada orang tahu ke blog aku ni? *..haha.lantak, ok esok 31 may 2012 merupakan hari terakhir saya sebagai seorang pelajar sarjana muda bahasa Inggeris di universiti Sains Malaysia. sedih wook..kawan2, lecturers yang hot, room mate tersayang dan semua lahh..duduk di universiti banyak mengajar saya erti hidup berdikari, manage duit sendiri dan sampai sekarang aku fail.huk2, berkawan, tidur seorang diri walaupun tiap kali rumate balik rumah aku pergi cabut tidur bilik orang.hihi, macam2 lah. alhamdulillah, ade yang buruk ade yang baik.yang buruk kalau boleh ditinggalkan selamanya, yang baik aku nak pertingkatkan lagi., sahsiah diri aku sebagai muslim, anak, kawan dan seumpamanya. doakan aku kawan2 :)

ni tengah plan nak beli hadiah ape untuk lecturer tersayang.  :)

ini perempuan gemuk memang gemuk dan pemalas =_=

2 comments:

Unknown said...

gemok sungguh la awok ni hahaha

sya rossa said...

hahaa..fahmi jahaattt