Friday, July 15, 2011

may you rest in peace

8.40am..awak dah takde dah kat dunia ni..dari pukul 7 lebih lagi awak nazak..nafas awak tercungap2..umi cakap awak berak merata2..pastu umi panggil saya , umi kate kucing dah mati ke..saya pun turun ke bawah..saya cuba angkat awak tapi awak tak boleh berdiri langsung..awak terbaring..air kat mulut awak keluar sedikit demi sedikit..awak dah lama sakit..tapi awak tetap gagah..awak tahan je sakit awak ..dari baby lagi awak sakit..

semalam awak makan banyak sangat..adik awak tak la makan banyak macam awak walaupon dia  tu aktif sangat2..awak xsuka duduk atas saya..kadang2 saya takut nak angkat awak..sebab awak tinggal tulang je..kalau adik awak gigit awak awak hanya keluar bunyi je sebab awak tak larat nak main2 dengan dia..

saya pon tak mandikan awak sejak awak kurus kering..saya mandikan adik awak je..sebab awak kurus kering..saya takut  nak mandikan..takut awak sejuk..

saya  usap awak masa awak tengah nazak..awak kejap2 kejang, ..saya tengok awak macam manusia..macam tuhan tarik nyawa awak sikit-sikit..mata awak terbukak..tak tutup pon.saya cuba nak tutup mata awak tapi tak boleh..sampaila awak betol2 mati hingga la awak dah tak bernafas..saya cuba tutup mata awak..saya tundukkan kepala awak sebab kepala awak terdongak ke atas..mungkin awak sakit sangat masa tadi..

saya taw..awak sakit sangat..tadi.masa awak nazak.saya doa agar tuhan cepat2 tarik nyawa awak agar awak tak sakit lagi..saya tahu , awak dah pergi dengan aman..thanks for your little moments with me..

walaupun kakak saya tak suka awak, anak buah saya selalu sepak awak, sekarang awak dah takde and  tak menyusahkan diorang..saya sayang awak...

semoga awak tenang disana..saya taknak nangis dah sebab saya tahu awak dah lama tahan sakit and saya pun dah jaga awak elok2, tak pernah sakiti awak..

assalamualaikum ;)

I'LL KEEP YOUR MEMORIES WITH ME :)

No comments: